Assalamualaikum semua! Apa khabar semua?

Chapter kali ini simple aje xD maaf yea semua..

maaf jikalau ada kesilapan di dalam chapter ini

Enjoy!


Cerita Pagi

"FANG! Aku datang ni!"

Pintu rumah Fang dibuka secara perlahan. Boboiboy ketawa sedikit melihat kawannya memakai apron, kepalanya diikat dengan kain dan ditangan kirinya sedang memegang sebatang mop. Fang dalam keadaan muka masam, dia berikan renungan maut kepada kawannya

"Hehehe.. jangan pandang aku macam tu, Fang" Boboiboy berhenti ketawa "Rajin betul kau kemas rumah awal pagi"

"Mestilah rajin! Siapa yang kemaskan bilik darjah pagi-pagi, aku juga" kata Fang dengan penuh bangga "Lagipun rumah ni kenalah sentiasa bersih supaya tak bersepah, takde habuk dan sentiasa bersih!"

"Baguslah tu Fang" Boboiboy suka dengan sikap kebersihan Fang "Kau seorang sahaja ke dekat rumah? Abang kau mana?"

"Hmmm... abang aku, awal-awal pagi lagi dah pergi jogging"

"Ohh.. dia tak tolong kau?"

"Tak" jawab Fang "Lagipun aku lebih rela bersihkan rumah ni sendiri daripada dia tolong. Kalau dia tolong, entah apa dia buat nanti. Jadi, biar aku handle sendiri. Kau datang sini kenapa?"

"Aku sebenarnya.." Boboiboy tersengih sedikit "Aku nak ajak kau pergi jogging sebab berat badan aku naik! Tok Aba punya masakan, semuanya sedap-sedap sampai aku tak boleh nak kawal diri aku"

"Hahahaha!"

Fang ketawa. Hati Boboiboy agak terasa sedikit ketika itu. Lalu Fang berhenti ketawa dan sambung berkata

"Jadi kau nak ajak aku berjogging lah ni" Boboiboy angguk kepalanya kepada Fang "Apasal tak ajak si Gopal tu?"

"Aku dah ajak tapi appa dia cakap, dia tengah tidur" mengeluh Boboiboy "Jadi, kau seorang sahajalah yang boleh diharapkan"

"Lain kali datang awal sikit sebab bolehlah kau berjogging dengan abang aku tu. Manalah tahu dia bagi kau latihan tempur sekali ke.. hehehe"

"Hehehe.. aku mana tahu" Boboiboy garu-garu kepalanya "Jadi, boleh tak kau jogging dengan aku? atau sebenarnya aku tengah ganggu kau sekarang ni"

"Takdelah, aku dah siap dah pun. Kau tunggu sekejap, aku pergi salin baju jap"

Boboiboy tersenyum terus


Beberapa minit kemudian, mereka berdua sudah pun jalanan aksi larian mereka. Fang mengajak Boboiboy lari ke rumah Gopal

"Aik, apasal kau nak pergi rumah Gopal pula?"

"Nak ajak sekali si pemalas tu. Kau tahu ajelah, dia tu makan tidur aje kerjanya, macam si Boboiboy Ice tu"

"Boboiboy Ice tu.. adeh.. itu memang sikap dia tapi dia bukanlah seseorang pemalas. Dia cuma suka makan dan tidur dalam suasana tenang" Boboiboy mengeluh sedikit "Selamatlah aku bukan begitu"

Boboiboy tidak dapat bayangkan diri dia bulat macam Boboiboy Ice. Mesti dia akan menjadi superhero dalam keadaan bulat dan comel. Eh, comel ke? fikir Boboiboy

"Tak mungkin, tak mungkin.. hehehe" bisik Boboiboy seorang diri

"Apa yang tak mungkin?" Fang keliru dengan kawannya

"Hehehe.. takde apalah Fang" Boboiboy tersengih sedikit "Wei, kalau si Gopal tu tak nak.. kau nak paksa dia ke?"

"Mestilah! Dia tu kan superhero macam kita! Superhero tak boleh malas!" Entah kenapa hati Fang rasa panas pula "Kalau dia masih tidur lagi, kau jangan risau. Hehehehe.. tau lah apa aku nak buat"

Boboiboy ikut sahaja dengan rancangan Fang. Mereka sudah pun tiba di hadapan rumah Gopal. Pintu rumah itu diketuk oleh Boboiboy. Ayah Gopal membuka pintu itu dan terkejut dengan kedatangan Boboiboy lagi sekali

"Ayoyoo.. kenapa datang sini lagi? Kalau mahu ajak dia lari, dia tengah menonton cerita kartun sambil makan roti canai"

Tiba-tiba perut Boboiboy terasa lapar pula

"Dia tengah tengok tv?" soal Fang

"Boleh masuk, kalau mahu tengok"

"Terima kasih" ucap Fang sambil masuk ke dalam rumah itu bersama Boboiboy

Mereka berdua tidak terkejut melihat Gopal. Kawan mereka pula, tidak sedar dengan kehadiran mereka berdua. Gopal asyik gelak ketawa menonton siri kartun itu. Tangan dia mencubit-cubit sekeping roti canai yang dibanjiri dengan kari kepala ikan

"BANGUN PUN KAU!"

Gopal terkejut dengan jeritan dari Fang. Selamat pinggan di tangannya tidak terlepas. Gopal takut hendak melihat belakang kerana dia takut jikalau Fang keluarkan harimau bayang. Kepala dia menoleh kebelakang sedikit demi sedikit

"Ko-korang buat apa dekat sini?"

"Nak ajak kau pergi jogging lah" jawab Boboiboy

"Jogging?" Gopal rasa berat hendak keluar rumah dan pergi berlari di sekitar Pulau Rintis "Takpelah. Korang pergi ajelah dulu tapi kalau ada serangan ke, baru panggil aku ok"

"Kau ni! Badan aje cergas tapi rupanya pemalas!"

"Ja-janganlah cakap macam tu Fang! Aku bukannya pemalas tapi awal-awal pagi macam ni. Aku nak rehat sambil menonton cerita kartun kegemaran aku" Mata dia bersinar-sinar sambil melihat Fang "Jadi, bagilah aku masa untuk me time" Lalu Gopal tersenyum nampak gigi

"DEY TAMBI! Kawan sudah ajak pergi jogging tapi masih lagi malas"

"Ta-tapi appa"

Ayah Gopal terus tunjukkan sebatang kayu rotan. Gopal menggigil dan sepantas kilat dia habiskan roti canainya. Beberapa minit kemudian, Gopal sudah pun berada di atas jalan raya sambil lari bersama rakan-rakannya. Fang membawa mereka lari dari kawasan perumahan ke bandar Pulau Rintis, sehinggalah ke taman. Gopal sudah penat. Dia hampir hendak pengsan. Dia rebahkan badannya di atas bangku taman

"Dey Fang, bagilah aku rehat"

"Hmmm.. yelah" kata Fang "Lepas ni kita sarapan pagi dekat kedai Tok Aba"

Gopal terus berdiri dalam keadaan segar. Senyuman dia sampai ke telinga. Fang dan Boboiboy berikan renungan maut kepada rakan mereka

"Hehehe.. janganlah macam tu" tersengih Gopal "Aku dah ok dah ni. Takde rasa penat dah"

"Yelah tu" Fang terus berjalan, tinggalkan Gopal "Jom Boboiboy, kita tinggalkan si Gopal ni. Kejap lagi tu, mesti nak suruh kita belanja dia"

"Eh, mana ada" Padahal memang betul pun. Gopal tersenyum sahaja "Tapi kalau kau nak belanja aku.. hehehe.. aku terima aje"

Boboiboy menepuk dahinya sendiri. Fang malas hendak melayan karenah Gopal. Mereka bertiga terus ke kedai Tok Aba yang terletak di dalam taman itu. Mereka bertembung dengan Kapten Kaizo. Dia baru sahaja selesai lariannya di sekitar Pulau Rintis. Kaizo tidak kelihatan penat. Malah, dia nampak begitu semangat

"Abang!"

"Kau buat apa dekat sini" soal Kaizo

"Adik baru habis jogging. Ni pun adik nak ke kedai Tok Aba"

Kedai Kokotiam Tok Aba terletak tidak jauh daripada mereka. Tidak sampai 5 minit, mereka akan tiba di kedai itu. Ketika mereka menuju ke kedai Tok Aba, dua orang gadis sudah bangkit dari tempat duduk mereka dan lalu beredar dari situ. Salah seorang gadis itu memakai backpack berwarna ungu. Mata Kaizo tidak memandang gadis-gadis tersebut. Dia hanya fokuskan dirinya ke kedai Tok Aba sahaja. Yaya dan Ying ada di kedai itu. Mereka sedang menikmati makanan yang telah dipesan

"Bagus, aku pun nak kedai Tok Aba. Jom, aku belanja"

Wajah Gopal bertambah berseri-seri. Siku Boboiboy menolak-nolak badan Fang untuk menunjukkan kegembiraan kawan mereka. Fang gelengkan kepala sahaja. Sebut sahaja pasal belanja, mesti Gopal akan gembira. Setelah mereka tiba di kedai Tok Aba, mereka duduk di bangku kedai tersebut

"Mau order apa?" soal Ochobot

"WAFFLE CHOCOLATE SATU!" Gopal yang menjawab dulu "Lepas tu nak chocolate panas satu dan cekodok chocolate pun satu juga"

"Amboi kau" tegur Boboiboy "Mentang-mentanglah Kapten Kaizo yang belanja, terus kau order macam-macam"

"Biarkanlah dia nak order apa-apa pun.. tapi.." Mata merah Kaizo tiba-tiba berikan renungan maut kepada Gopal "Kali ini sahaja aku belanja kau"

Renungan itu membuatkan Gopal menelan ludah. Ianya bagaikan sebilah pisau menusuk tepat ke mata Gopal. Memang sangat menakutkan. Lebih menakutkan daripada hantu tapi bagi Gopal, hantu lebih menakutkan daripada Kapten Kaizo. Kalau mengikut kata Fang pula, abang dia tidak menakutkan. Yang paling menakutkan apabila dapat nombor satu di dalam kelas dan dua orang gadis seperti mahu belasah kau secukup-cukupnya. Entah betul ke tidak. Itu hanyalah tekaan sahaja

"Wah! Kapten Kaizo nak belanja!" kata Yaya "Kami pun nak juga"

"Boleh" jawab Kaizo secara ringkas

"Hmmm.." Fang mengusap dagunya sambil perhatikan abangnya "Betul ke ni abang aku? Selalunya abang aku ni kedekut"

"Ala Fang, tak payah nak fikirkan sangat. Abang kau dan nak belanja kita semua, terima ajelah"

"Yelah Boboiboy" Fang mengalah "Ochobot, bagi aku ice chocolate blended special"

"Dan aku nak teh hijau"

"Errr.. maaf Kapten Kaizo. Sini tiada teh hijau" kata Ochobot

"Eh takpe.. atuk boleh aje buatkan teh hijau" Tok Aba tidak mahu menolak pesanan itu "Ochobot, kau pergi beli serbu teh hijau"

"Kalau macam tu, saya nak donut lobak merah!" Kepala Fang tiba-tiba ditepuk oleh seseorang

"Amboi kau! Mengambil kesempatan nampak" kata Kaizo dengan nada marah "Kalau kau nak sangat donut tu, pergilah beli sendiri!"

"Tapi apasal abang dapat teh hijau, tiba-tiba donut lobak merah tak boleh pulak" marah Fang

"Sebab abang ni special" kata Kaizo tiba-tiba tersenyum sadis "Kau tu takde maknanya nak special sangat"

"Aduh.. janganlah nak bergaduh dekat sini" bisik Boboiboy sambil menepuk dahinya. Dia mula perasan Fang sudah bermasam muka "Fang, kau jangan nak mengamuk atau marah-marah dekat sini. Biar aku pergi belikan teh hijau dan donut lobak merah kau"

Tok Aba setuju sahaja. Dia berikan duit kepada Boboiboy untuk pergi belikan teh hijau dan juga donut lobak merah. Mereka tergelak apabila Fang mula kembali tersenyum. Jauh dari situ, seorang budak sedang memerhatikan mereka. Mata dia melirik ke arah Fang. Lalu dia tersenyum seorang diri. Kawan baik dia pula, berdiri sambil perhatikan kawan dia sedang duduk menghendap orang

"Rizu, daripada kau duduk dekat sini. Apa kata kau pergi perkenalkan diri kau dekat dia"

"Tak naklah" kata Rizu kepada kawan dia iaitu Roy "Rizu malu lah nak cakap dengan dia. Macam mana kalau abang Fang tak suka Rizu? Nanti Rizu rasa sedih"

"Takdenya.. bagi aku, dia tu ok cuma suka mengamuk aje.. hehe" Lalu Roy duduk di sebelah Rizu "Tapi aku yakin, satu hari nanti kau akan beranikan diri untuk tegur dia"

"Terima kasih kawan ku" Air mata Rizu mengalir keluar sedikit. Lalu dia mengusap matanya "Nak tahu tak, kau seorang sahaja yang suka bagi semangat dekat aku. Kawan-kawan lain, macam tak buat kisah sahaja. Kau sahajalah sahabat sejati Rizu"

"Hehehe.. sebab aku nak tengok kau happy! Kalau kau berkawan dengan abang Fang suatu hari nanti, jangan lupakan sahabat kau yang comel ni" Dia katakan kepada dirinya "Hehehe.. tapi aku tak kisah kalau kau nak selalu bersama dengan abang Fang, asalkan kau tak lupakan aku"

"Rizu tak kan lupakan sahabat sejati Rizu"

Semenjak Rizu menyaksikan pertandingan bola keranjang di sekolah. Hati dia terus minat kepada Fang kerana bagi dia, Fang itu sangat bergaya, bijak dan juga seorang superhero. Dia tidak kisah dengan sikap Fang yang suka mengamuk. Bagi dia, Fang seperti seorang abang yang dia mahukan. Rizu tiada adik beradik. Dia kehilangan ayahnya semenjak dia masih bayi lagi. Ibu dia pula, sibuk bekerja dan Rizu rasa bagaikan dia kurang kasih sayang

"Takpelah Roy" Rizu bangun dari situ "Bila Rizu berani, Rizu akan tegur abang Fang. Rizu akan bukitkan kepada kawan baik Rizu"

"Dan aku akan tunggu" kata Roy "Jom kita pergi main video game dekat rumah aku. Semalam abang aku ada beli game baru. Game dia best sangat! Aku nak sangat main game tu dengan kau!"

"JOM!"

Mereka berdua tinggalkan taman itu. Sebelum Rizu meninggalkan taman itu, dia sempat lagi menoleh kebelakang untuk melihat Fang. Suatu hari nanti, Rizu dapat berkawan dengan abang Fang, bisik dihatinya


Maaf kalau tak best :(

-Jumpa lagi semua-